|
RAHIM "BULLDOG" ; MOKHTAR "UBAH TIANG GOL" LAGI!
Akhirnya,si
Rahim "bulldog" mengaku juga bersalah kerana mencederakan Datuk Seri Anwar
Ibrahim(DSAI) pada 20 September 1998,semasa berada dalam tahanan di Bukit Aman. Tetapi
pengakuan si Rahim "bulldog" dibuat setelah peguam negara Mohktar membantu dalam
proses "mengubah tiang gol" sekali lagi.
Dalam kes rasuah DSAI penguam
negara "ubah tiang gol" supaya mahukan DSAI dikenakan hukuman dengan apa cara
sekali pun. Sekarang si Mokhtar "ubah tiang gol" kerana hendak bantu
"member" supaya dikenakan hukuman yang seringan-ringannya.
Dahulu si
Rahim "bulldog" telah didakwa dibawah seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara 7 tahun dan denda yang akan ditentukan oleh hakim mahkamah. Sekarang si
Rahim "bulldog" didakwa dibawah seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara sehingga 1 tahun dan denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya sekali.
Alasan
yang diberikan oleh si Mokhtar kenapa pindaan pertuduhan dibuat ialah berdasarkan kepada
jenis kecederaan yang diterima oleh DSAI. Dalam siasatan Suruhanjaya Diraja seorang
pakar perubatan telah memaklumkan suruhanjaya tersebut bahawa pukulan yang dibuat oleh si
Rahim "bulldog" di bahagian leher dan kepala kiri mampu membawa maut.
Keterangan
itu tidak diterima Mokhtar, mungkin kerana dia lebih pandai daripada doktor pakar yang
memberi keterangan tersebut. Akibatnya, si Mokhtar meminda pertuduhan ,setelah berpuas hati
bahawa kecederaan DSAI bukan "kecerderaan parah" tetapi "kecerderaan
ringan" yang tidak mendatangkan bahaya. Ini mungkin kerana tiap-tiap hari
Mohktar nampak DSAI duduk senyum, boleh bercakap,dan berbahas dengan waras. Dalam mahkamah
Malaysia si Mokhtar boleh buat apa saja asalkan aduannya itu mengikut selera Mahathir.
Kenapa
pula Mokhtar tidak mahu si Rahim "bulldog" masuk lokap sampai 7 tahun ?
Mohktar khuatir nanti Rahim "bulldog" akan dipukul sampai mampus oleh
banduan-banduan lain yang sememang begitu dendam kepadanya. Mokhtar juga tidak mahu si
Rahim "bulldog" merana di dalam penjara di Sungai Buluh bersama-sama DSAI yang
pernah dibelasahnya itu.
Mungkin juga wujudnya satu "plea bargaining" di
kedua-dua belah pihak. Dalam ertikata "awak garu belakang saya,saya garu belakang
awak". Rahim "bulldog" mungkin telah memaklumkan kepada Mokhtar dan
Mahathir kalau Rahim "bulldog" telepas masuk juga ke dalam penjara sampai
7 tahun dia akan membongkarkan segala rahsia tentang apa yang sebenar berlaku. Mahathir
tentu kecut perut !
Setelah Rahim "bulldog" mengaku bersalah dan pihak
pendakwa berpura-pura memohon hukuman yang berat dikenakan terhadap si Rahim
"bulldog",hakim sepatutnya jatuh saja hukuman dengan serta merta berdasarkan
bidang kuasa yang ada padanya.
Sebaliknya,hakim telah menangguhkan keputusan
penghakiman pada keesokan hari. Kenapa hakim berbuat demikian,tiada siapa yang
tahu,kecuali hakim itu sendiri. Mungkin hakim terpaksa rujuk kepada orang-orang
atasannya,termasuk Mahathir, untuk menentukan apa jenis keputusan penghakiman yang hendak
dikenakan.
Tidak hairanlah kalau si Rahim "bulldog" ini mungkin
dijatuhkan hukuman 1 hari penjara atau tiada langsung. Kalau 1 hari penjara,hilanglah duit
pencen si Rahim "bulldog". Takkan Mahathir gamak melihat si Rahim
"bulldog" terjelan kelaparan.
Ramalan umum berpendapat,si Rahim
"bulldog" hanya akan dikenakan denda tidak sampai RM 500.00 dan mungkin terlepas
daripada hukuman penjara. Apa nak kata kita ada dua set undang-undang, satu untuk rakyat
jelata dan satu untuk Mahathir dan kroni-kroni Mahathir. Apakah kita perlu kekalkan
Mahathir dan BN lagi? Biarlah pengundi-pengundi Sanggang mengadilinya nanti.
ALI
ALLAH DITTA
|